Friday, May 29, 2009

Hana Nabilah & Hanis Raihana

Hana dan Hanis. 2 anak perempuan... oklah ni kan.

Hana Nabilah. 6 tahun. Sukaa bergayaa. Tapi ambik gambar jauh2 tu bukan apa...
Sebab giginya banyak takde dari ada. Takut org nampak.. hehehe 
Dah besar nak jadi Doktor Gigi, biar boleh dapat gigi cantik. Kata dia lah...

Hanis Raihana. Lahir 8.8.08. Masa ni umur dia kira2 8 bulan.
Sape2 ngidam anak pompuan tu, tenung2lah muka dia dua tiga minit dan berdoa...
Saya aminkan!


Tasik Kenyir Disember 2007

Luqman. Cita2 nak jadi PM. hm.. umi jadi mak PM pun jadilah...
Ketenangan air tasik yang luasnya saujana mata memandang 
memang menjadikan hati sentiasa tenang dan senang...

Tepi pantai kat Dungun, sebelum pergi ke Tasik Kenyir.
Langit Tuhan, kat mana-mana pun cantik!

Arif dan Abdul Haiyie, panggil Ayip dan Ayie. Selalu tersilap...
Kawasan tasik ni sentiasa sejuk. Macam kat tanah tinggi. Keliling penuh air.

Antara melihat dan merasai keindahan


Allah Maha Cantik. Dia suka yang cantik-cantik. Maka kejadianNya semua cantik. Dan sempurna. Kita selalu kagum bila melihat gambar yang cantik2. Cantiknyaa!! (Kata Bashah...:)) Tetapi pada saya, melihat keindahan tidak akan sama dengan merasai keindahan.

Kalau kita lihat gambar langit yang cantik, matahari, lautan, hutan, gunung-ganang, aliran sungai, ikan-ikan di lautan, bunga-bungaan, mata kita terasa membulat dan keluarlah dari mulut kita yang ternganga... cantiknya...! 

Tapi kalau kita melihat sendiri dan berada di suasana tersebut, melihat langit yang pelbagai warna di waktu pagi dan petang, melihat matahari yang bulat atau cahayanya yang mencuri2 keluar di sebalik awan, melihat keindahan air laut yang disebut sebagai 'crystal clear' kerana seolah-olah dasar lautan itu penuh dengan kristal yang berkilau-kilau... Melihat kehebatan suasana munculnya mentari di kaki langit selepas Subuh, Merasai kehijauan dan kedamaian suasana pergunungan... Subhanallah. Terasa kehebatan Tuhan yang tiada tandingan.

Dan kalau kita mengambil (shoot) gambar2 itu, ia akan menjadi satu 'kenang-kenangan'. Dinamakan, gambar kenang-kenangan. Bila melihat, kita akan terkenang pada masa dan merasai keindahan saat2 itu. Maka rasa yang indah itu akan berulang semula bila kita melihatnya.

Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi, sesungguhnya tidak Engkau jadikan segala sesuatu dengan sia-sia.

Pengajaran... "Berjalanlah bermusafirlah, melihat keagungan Allah..."

Selamat Bercuti!

(Kat atas tu masa gi Pulau Perhentian dua tahun lepas. Tu yang biru tu, air laut sebenar. bukan air swimming pool tau. Memang terasa keindahanNya!)