Saturday, May 30, 2009

Mari bertaaruf


Eloklah juga saya memperkenalkan ahli keluarga saya sekarang. Semua ada 7 orang. Ramai? Standard je... Nabi bangga dengan umatnya yang ramai. Dan harap2lah anak-anak saya juga boleh membanggakan ibu dan ayahnya, di dunia dan akhirat.
Ni gambar masa raya tahun 2007 rasanya. Masa tu anak baru empat. Dari kiri tu, Abdul Haiyie Hakimi (sekarang 8th), Hana Nabilah (6th) Abd Said (bapaknya), umi memangku Muhammad Arif Fahmi (sekarang 4th), dan yang paling macho sebelah kanan tu, Muhammad Luqman Hakim, dah belasan tahun dah sekarang... (11 th)




Yang baby ni baru lahir pada 8.8.2008. Anak ke-5, perempuan kedua. Nama dia Hanis Raihana. Tak nampak muka dia?




Ni la dia.. tak macam muka ayah dia? memanglah. Comel macam umi dia. hehehe...

Hansome? hehe... bolehlah... Tapi dah ramai peminat lah... 
Ayah kesayangan 5 orang anak, dan suami kebanggaan saya ;)

Selamat bertaaruf...


Friday, May 29, 2009

Hana Nabilah & Hanis Raihana

Hana dan Hanis. 2 anak perempuan... oklah ni kan.

Hana Nabilah. 6 tahun. Sukaa bergayaa. Tapi ambik gambar jauh2 tu bukan apa...
Sebab giginya banyak takde dari ada. Takut org nampak.. hehehe 
Dah besar nak jadi Doktor Gigi, biar boleh dapat gigi cantik. Kata dia lah...

Hanis Raihana. Lahir 8.8.08. Masa ni umur dia kira2 8 bulan.
Sape2 ngidam anak pompuan tu, tenung2lah muka dia dua tiga minit dan berdoa...
Saya aminkan!


Tasik Kenyir Disember 2007

Luqman. Cita2 nak jadi PM. hm.. umi jadi mak PM pun jadilah...
Ketenangan air tasik yang luasnya saujana mata memandang 
memang menjadikan hati sentiasa tenang dan senang...

Tepi pantai kat Dungun, sebelum pergi ke Tasik Kenyir.
Langit Tuhan, kat mana-mana pun cantik!

Arif dan Abdul Haiyie, panggil Ayip dan Ayie. Selalu tersilap...
Kawasan tasik ni sentiasa sejuk. Macam kat tanah tinggi. Keliling penuh air.

Antara melihat dan merasai keindahan


Allah Maha Cantik. Dia suka yang cantik-cantik. Maka kejadianNya semua cantik. Dan sempurna. Kita selalu kagum bila melihat gambar yang cantik2. Cantiknyaa!! (Kata Bashah...:)) Tetapi pada saya, melihat keindahan tidak akan sama dengan merasai keindahan.

Kalau kita lihat gambar langit yang cantik, matahari, lautan, hutan, gunung-ganang, aliran sungai, ikan-ikan di lautan, bunga-bungaan, mata kita terasa membulat dan keluarlah dari mulut kita yang ternganga... cantiknya...! 

Tapi kalau kita melihat sendiri dan berada di suasana tersebut, melihat langit yang pelbagai warna di waktu pagi dan petang, melihat matahari yang bulat atau cahayanya yang mencuri2 keluar di sebalik awan, melihat keindahan air laut yang disebut sebagai 'crystal clear' kerana seolah-olah dasar lautan itu penuh dengan kristal yang berkilau-kilau... Melihat kehebatan suasana munculnya mentari di kaki langit selepas Subuh, Merasai kehijauan dan kedamaian suasana pergunungan... Subhanallah. Terasa kehebatan Tuhan yang tiada tandingan.

Dan kalau kita mengambil (shoot) gambar2 itu, ia akan menjadi satu 'kenang-kenangan'. Dinamakan, gambar kenang-kenangan. Bila melihat, kita akan terkenang pada masa dan merasai keindahan saat2 itu. Maka rasa yang indah itu akan berulang semula bila kita melihatnya.

Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi, sesungguhnya tidak Engkau jadikan segala sesuatu dengan sia-sia.

Pengajaran... "Berjalanlah bermusafirlah, melihat keagungan Allah..."

Selamat Bercuti!

(Kat atas tu masa gi Pulau Perhentian dua tahun lepas. Tu yang biru tu, air laut sebenar. bukan air swimming pool tau. Memang terasa keindahanNya!)

Tuesday, May 26, 2009

Kambing Manusia


Entri ni nak cerita pasal kambing (biasa disebut sebagai kambeng). Marah tak kalau orang kata manusia dengan kambing ni sama je... Tak pernah dengar? Saya ingat nak ciptalah perumpamaan tu. Kenapa? Sebab pada suatu hari, (pertama kali juga saya dengar) suami saya kata, pelihara kambing ni sunnah. Hahaha tergelak juga masa tu. Memanglah betul nabi pelihara kambing. Bukan nabi Muhammad je, nabi2 lain punn.. tapi tak pernah pulak dengar org istilahkan 'pelihara kambing itu sunnah!' 

Jadi, saya anggap itu hanya istilah orang lelaki yang mengatakan 'poligami itu sunnah Nabi' bila depa nak poligami. So, suami saya, sebab nak bela kambing pun, tak hairanlah jika gunakan alasan yang sama... Tapi dalam pada tu terfikir juga, iya tak ya juga. Apa hikmahnya nabi2 'kena pelihara kambing' sebelum menjadi nabi dan Rasul? Takkanlah pelihara kambing boleh dapat ilmu membimbing manusia?

Rupanya memang betul. Saya belum buat kajian betul2 lagi. Nak kena buat PhD ni kalau nak buat betul2. Tapi antara pemerhatian saya terhadap kambing2 peliharaan itu ialah:
1) Kambing boleh diajar. Tapi cepat lupa. Kena selalu diberi pengajaran.
2) Kambing jadi kuat bila bersatu.. Walaupun besar dan gagah, dia tak ada confident bila tak ada pengikut.
3) Kambing lebih respek dengan 'suara garau' lelaki daripada suara perempuan. Macam anak2 kita yang lebih takutkan ayah daripada ibunya.
4) Antara sesama kambing, kita boleh lihat perbezaan wataknya dengan jelas. Ada yang jenis pemalu dan pengalah, ada yang suka kacau rezeki orang, ada yang suka dengki, tak boleh tengok orang senang, ada yang tak cantik, tapi baik je... ada yang pondan. kulit macam jantan, tapi betina, tapi mandul..?

Kesimpulannya, saya yang sesekali tengok kambing bila balik kg kat melaka pun dapat nampak benda tu, tak hairanlah kalau Nabi2 dan Rasul2 yang di sebalik kerjaya 'Membela Kambing' itu terdapat terlalu banyak pengajaran dan didikan untuk mereka 'Membela Manusia'. 

- Saya dan kambing, sama-sama hamba. 

(Kehebatan kambeng. Baru lahir je, kejap dah boleh berdiri. esok dah boleh lari terkinja2... anak kambeng kat atas tu anak sulung kambing ternakan pengikut sunnah Nabi tu..)

Friday, May 22, 2009


hmmm... sedar tak sedar rupanya dah setahun tak update blog ni. Nak beri alasan memang banyak. tapi yg penting, hari ni semangat berkobar2 nak start balik. sebab? macam2 ada... terutama bila tgk blog kengkawan yg lawa2 dan byk maknanya tu... kata nak menulis. mana ada penulis takde blog sendiri kan...

Tak pernah pun lagi uar-uarkan blog ni ke sape-sape. tapi bila bashah kata suruh update, ni yang buat nih... tkasih bashah. Tengok bashah punya blog... cewah2... kemain rapi dan lawa lagi. Bila baca blog Suraiya, kata dia blog dia boleh buat kenangan kat anak-anak... betul juga. takde sesiapa nak buang kenangan kita dalam blog2 mcm ni. Macam yang ni lah... dah setahun tak buka pun masih ada lagi macam masa tinggalkan dulu.

Satu lagi tkasih juga utk prof Rahman Shaari. Malu pulak nak tulis. Tapi kalau tak tulis, hilang pulak kenangan indah ni kan... Hari Rabu 20 Mei 2009 pergi Jabatan Pengajian Media nak hantar bab-bab terakhir tesis sarjana pengajian penerbitan kepada penyelia, Prof Rahman, seorang penulis yang pernah memenangi Hadiah SEA Write Award, 2002 rasanya. Sifatnya yang kebapa'an dan begitu prihatin dengan bab demi bab yang aku hantar sebelum ini, menjadikan aku segan tapi tak malu sangat dengan dia. 

Sebenarnya suspen jugak... apalah dia nak komen pasal 3 bab yang dah hantar. "Tulisan awak sedaplah." Aku diam. haritu pun dia cakap macam tu juga. Bukan tak bangga, tapi takkan nak melompat2 depan dia kan :) Dia ulang lagi... "Macam mana awak boleh menulis sedap macam tu? orang sains memang pandai menulis ke?" aku diam, buat-buat belek apa yang patut.. malu! "Eh, saya puji tulisan awak sedap ni... orang puji tu senyumlah sikit!" ujarnya lebih kuat. hahaha... malunye!

Dahlah... bukan nak menunjuk2 tau. saja nak simpan kenangan di sini. 

(Kat atas tu ler kengkawan kat kelas master in publishing. macam2 rupa ada. takdelah mcm gambau yg ada kat kak G tu... Tapi kalau cari gambar aku kat situ memangle tak jumpa. hehehe!)