Friday, May 29, 2009

Antara melihat dan merasai keindahan


Allah Maha Cantik. Dia suka yang cantik-cantik. Maka kejadianNya semua cantik. Dan sempurna. Kita selalu kagum bila melihat gambar yang cantik2. Cantiknyaa!! (Kata Bashah...:)) Tetapi pada saya, melihat keindahan tidak akan sama dengan merasai keindahan.

Kalau kita lihat gambar langit yang cantik, matahari, lautan, hutan, gunung-ganang, aliran sungai, ikan-ikan di lautan, bunga-bungaan, mata kita terasa membulat dan keluarlah dari mulut kita yang ternganga... cantiknya...! 

Tapi kalau kita melihat sendiri dan berada di suasana tersebut, melihat langit yang pelbagai warna di waktu pagi dan petang, melihat matahari yang bulat atau cahayanya yang mencuri2 keluar di sebalik awan, melihat keindahan air laut yang disebut sebagai 'crystal clear' kerana seolah-olah dasar lautan itu penuh dengan kristal yang berkilau-kilau... Melihat kehebatan suasana munculnya mentari di kaki langit selepas Subuh, Merasai kehijauan dan kedamaian suasana pergunungan... Subhanallah. Terasa kehebatan Tuhan yang tiada tandingan.

Dan kalau kita mengambil (shoot) gambar2 itu, ia akan menjadi satu 'kenang-kenangan'. Dinamakan, gambar kenang-kenangan. Bila melihat, kita akan terkenang pada masa dan merasai keindahan saat2 itu. Maka rasa yang indah itu akan berulang semula bila kita melihatnya.

Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi, sesungguhnya tidak Engkau jadikan segala sesuatu dengan sia-sia.

Pengajaran... "Berjalanlah bermusafirlah, melihat keagungan Allah..."

Selamat Bercuti!

(Kat atas tu masa gi Pulau Perhentian dua tahun lepas. Tu yang biru tu, air laut sebenar. bukan air swimming pool tau. Memang terasa keindahanNya!)

2 comments:

  1. Cuti-cuti malaysia je ko ni ye Mas! Perhentian memang cantik...kata sifu. Akak tak pernah sampai lg. takut naik bot...

    ReplyDelete
  2. penat keja kak ... cuti2 ni byk faedahnya. boleh refresh mcm2. akal, hati, fizikal, hubungan kekeluargaan, semangat bekerja. Pergi bajet2 je kak... bukan lebih duit pun. apa kata orang... nak seribu daya kan. Yg penting, bapaknya tu minat. Kita ikut je.. :)

    ReplyDelete