Sunday, May 25, 2008

Lainsyakartum, laazidannakum....

Jika kamu bersyukur, maka akan Kutambahkan nikmat untukmu!

Bila terasa susah, maka kulihat sekeliling... ramai lagi yang lebih susah dan menderita. Lalu kurasakan apa yang kuhadapi tiada apa-apa pun sebenarnya. Allah yang Maha Pengasih amat tahu kemampuanku dalam menanggung dugaan dan cubaan... Ya, sememangnya aku amat lemah. Jika iman dinilai dengan besarnya ujian yang ditimpakan, nyatanya imanku hanya setipis kulit bawang kerana hingga kini aku sentiasa hidup dalam nikmat dan rahmat. Alhamdulillah.

Sering kupanjatkan doa agar tidak diberi ujian yang tidak mampu ditanggung. Sering juga kuingat ayat keramat itu... Lainsyakartum, laazidannakum! Moganya aku sentiasa ditambahkan dengan rezeki dan segala kebaikan jika aku tahu bersyukur dengan segala nikmat yang telah melimpah ruah diberikan...

Terima kasih Ya Allah. Berilah kami kekuatan untuk terus bersyukur dan berusaha menunjukkan rasa syukur itu dengan mentaati perintahMu serta menjauhi laranganMu.