Monday, June 1, 2009

harga sebuah idea


Semalam, seharian berada di Konvensyen PERMATA Negeri Selangor. Rutin tahunan sejak sepuluh tahun yang lalu. Wah... tak sedar pun dah join benda ni lebih sedekad. Dan di majlis itu, seperti biasa juga, ternampak wajah2 yang 'biasa', juga turut menjadi rutin tahunan buat mereka.

Setiap tahun, tak banyak berbeza program ni. Seperti juga teks ucapan Pengurus Besarnya, memang tak banyak beza. Hanya tukar 'figure' tertentu. Shahida yang duduk di sebelah berbisik, "sama dengan ucapan tahun lepas." Takkanlah... Saya pun dengar betul-betul... ya lah, memang sama. Tapi dalam kira-kira seribu hadirin dalam dewan tu, mungkin cuma kami berdua sahaja yang perasan, dan tentunya  seorang lagi... pegawai yang sediakan teks ucapan itu lah!

Kenapa sibukkan teks ucapan GM tu? Memanglah. Saya yang buatkan teks itu tahun lepas. Idea saya, ayat-ayat saya. Tahun lepas depa upah suruh buatkan. Tahun ini depa tak upah, tak kisahlah. Tapi rupanya buat recycle... Nak marah? Tak lah. Dia orang dah bayar, hak dia lah... 

Bila terlibat dalam dunia penerbitan dan pengiklanan begini, perkara-perkara ini pasti akan timbul. Baru-baru ini, 'tagline' yang saya sediakan utk satu projek perumahan telah digunakan di sebuah billboard. Bukan setakat tagline, idea utk mewujudkan tagline itu pun dari saya. Habis tu? Ya lah, masalahnya projek itu asalnya diberi kepada 'syarikat kami', tapi akhirnya orang lain yang 'selesaikan'. Itu perkara biasa kan. Walaupun modal dah ribu-ribu keluar... itu perkara biasa dalam bisnes. Tapi bila 'idea dan hasil kreativiti' kita digunakan tanpa rela dan izin, rasa tak puas hatilah jugak. 

Berapa harga sebuah idea? Satu persoalan yang terlalu subjektif jawapannya. Dan jawapannya hanya ada pada mereka yang menghasilkan karya tersebut. Ikut dia redha hendak letak harga berapa. Semurah percuma (hanya diberi kredit), atau sehingga berjuta-juta, itu hak dia. Bukan pada besar atau kecil, panjang atau pendek, sedikit atau banyak, cantik atau tidak hasil kreativiti tersebut. Tetapi pada yang empunya diri.

Dalam dunia yang realistik dan materialistik ini, kita perlu menyatakan hak kita supaya kita tidak begitu mudah diperlekeh dan diambil kesempatan. Kita wajib menjaga maruah diri.. betulkan?

Apa pun, sebagai hamba, kita perlu sentiasa sedarkan diri bahawa, apa sahaja yang ada pada kita, secara zahir mahupun secara maknawi (rasa hati, idea, buah fikiran), semuanya datang dari kehebatan ALLAH. Bukan dari kehebatan kita. Kitabukan milik kita. Kita milik Tuhan. 

- semakin sedar kepentingan memelihara dan menghormati 'hakcipta' seseorang.