Monday, June 8, 2009

Tetamu yang membawa rahmat


Ini pulak keluarga Pak Fadzil dan Ibu Saidah. Ha... sape2 yang rindu dgn Saidah, tengoklah wajahnya yang sama je macam dulu2 tu... sebelahnya tu suaminyalah, Syahrul Fadzil, dan empat orang anak2nya (yang saiz lebih besar dari anak saya walaupun sebaya) - Abdul Hadi (11), Iman (9), Syafiq (7) dan Faris (4). 

Mereka telah datang malam ini (8 Jun). Seperti biasa, makan malam, minum kopi dan borak2... cerita2 lama, cerita2 baru... kisah kawan2 'kita orang' lah kan..

Mereka datang di saat baju2 yang belum terkemas2 lagi. Nak bertolak ke Tengganu pagi2 esok. Apa perasaan anda bila ada tetamu kata nak datang di saat kita benar2 memerlukan waktu itu untuk kita? Ahh... sabar sajalah. tapi kalau yang hendak datang itu keluarga anda? ibu? adik beradik? Pernahkah kita rasa terganggu dengan kehadiran mereka?

Begitulah kami... walaupun di saat masa itu benar2 emas, namun kehadiran mereka tetap dihargai. Kesudian mereka singgah dan makan malam di rumah, tetap dialu-alukan. Apalagi bila anak2 dah meloncat2 bila dengar mereka nak datang. Kerana apa? Kerana mereka sudah seperti saudara kami juga.  Seperti adik beradik juga perasaannya...

Semoga ukhuwwah ini akan tetap ditunjangi dengan ikhlas. Disulami dengan kasih sayang. Dan dihiasi dengan ziarah menziarahi yang berkekalan. Amin ya Rabbal Alamiin.

5 comments:

  1. Ni sorang lagi, bila nak buat blog!

    ReplyDelete
  2. ha ah laa tak brubah eks muka dia same jek cam dulu2...(pesen pun msh same...hihik).. mas, lain kali kalu deme2 ni mai umah hang ajak la mai mah koi plak...tak jauh mane dah kan...tapi habaq mai dlu lah...umah koi ni tau je lah berantakan sokmo lain mah hang tu...lawo jek..

    ReplyDelete
  3. MM... Bashah, apa nak buek... rumah hang pun aku dah ingat-ingat lupa kat mana.. tapi rasanya boleh diatur gitu. Siapkan pizza panas-panas tau!!!

    ReplyDelete
  4. Salam.... seronok ber-blog jumpa rakan dan kenalan di alam siber... selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  5. Salam... Lama tak dengar cerita... Tahniah, di atas kehadiran blog ini. Sekurang-kurangnya dapat juga kak Syam mendapat khabar terbaru daripada kawan lama... Saidah sudah ada blog ke?

    ReplyDelete